Kelas ICT – Mewarna Digital (Tahun Baru Cina)

22 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2024, Ahad Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT – Mewarna Digital (Tahun Baru Cina) yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 1:30 petang. Kelas tersebut dijalankan di PEDi Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan pelajar prasekolah.

Antara pengisian kelas tersebut adalah pengenalan kepada Software Paints. Peserta telah diberikan satu poster Tahun Baru Cina bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Selesai latihan tersebut, para peserta telah diberikan kupon bermain PC 30 minit secara percuma bagi memupuk semangat peserta dalam pelajaran digital.

Diharapkan dengan adanya kelas seperti ini akan memberi manfaat kepada komuniti dan terus mendapat sambutan daripada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali